BECERITA TUDUNG MASA KINI??

TUDUNG MASA KINI… TREND, FESYEN ATAU SYARIAT? Bercerita tentang tudung masa kini, terdapat pelbagai jenis, warna, dan bentuk tudung yang ada di pasaran. Begitu senang dan mudah didapati. Ada tudung bawal, tudung labuh, tudung tiga segi, tudung bunga ros, dan macam-macam lagi. Sampaikan tudung bernama Siti Nurhaliza pun ada. Tak ketinggalan Mawi dan Datuk K pun ada tudungnya juga! Boleh dikatakan setiap lapis golongan wanita mampu memilikinya kerana ia didatangkan dengan semurah-murah harga hingga semahal-mahal harga. Kesedaran wanita Muslim untuk memakai tudung kini membawa suasana yang positif kepada pengamalan nilai-nilai Islam, menunjukkan bahawa mereka menginsafi bahawa menutup aurat itu adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan. Telah ramai yang mula mengenakan tudung di kepala mereka, termasuklah golongan ternama, artis, selebriti, dan personaliti tanah air. Tidak hairan jika terpapar di dada akhbar tentang golongan ini yang telah berhijrah untuk memakai tudung. Ini merupakan satu suasana yang positif yang berlaku di kalangan artis. Lazimnya mereka yang melakukan perubahan ini ialah mereka yang baru pulang dari menunaikan haji atau umrah di Tanah Suci.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: